Thursday, September 10, 2009

Buka Puasa ehsan Astro Oasis

Aku terpanggil sejak semalam untuk menulis post kali ini iaitu ‘Tarawikh Bersama Akil’ hehehe macam kelakar pulak… Takde la… Macam yang korang tau sekarang ni terlalu banyak berita dan cerita yang kurang menarik tentang Ustaz Akil and personally aku takde la minat pun ngan nasyid-nasyid Ustaz Akil selama ni.

Aku pernah jumpa dengan Ustaz Akil sekali la kat ofis untuk sign agreement. Orangnya sangat kurus dan lemah lembut dan penuh budi bahasa. Dia membahasakan dirinya sebagai ‘ana’… Ana ko jangan perasan pulak heeehee… dalam hati aku (mula la nak jahat mulut nih hehehhe) ala mamat ni besa je, so what’s the big deal about him… aku lagi tambah bosan biler baca kes perceraian dan perkahwinan dia. Tak paham…. Not that I have anything against him tapi Cuma tak paham….

Semalam, ofis aku ada buat majlis berbuka puasa atas ehsan Astro Oasis. So, since it was organized by Oasis, maka majlis berbuka puasa itu pun bercirikan Islam. Majlis bermula pukul 6pm dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Puan Fatimah Khasif, juara tilawah untuk 2 tahun berturut2 kemudian dituruti dengan tazkirah daripada Ustaz Asri (semua ni ikon Oasis la). Dari tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa, Ustaz Asri membuka perbincangan tentang hukuman sebat Kartika. Topic hangat masa kini dan telah disensasikan oleh media barat yang tak faham tentang islam. Aku pun susah nak explain to my non-muslim colleagues about the Islamic dos and donts. Tapi nasib baik la aku ada belajar Islamic Criminal Law masa kat UiTM dulu ehich was one of my favourite subject. So dapat la aku explain kat colleagues aku pasal hokum hudud dan sebagainya…. So harap mereka faham walaupun tak dapat menerima jenis hukuman yang terdapat dalam Islam.

Alamak lari topic pulak…. So back to majlis buka puasa ehsan Astro Oasis. Masuk waktu buka, kami berbuka dengan kurma dan kueh. Solat Maghrib berjemaah dan kemudian makan malam ala-ala kampong. Lauknya banyak tapi dah sejuk sebab aircond sejuk giler sampai rasa boleh kena brian freeze jek… Nasi putih, ayam percik, ikan baker, ikan patin masak tempoyak, kerabu pegaga and taugeh, ikan bilis petai, ulam-ulaman, sambal belacan dan sambal air asam. Boleh la tahan sedap Cuma tak tahan sejuk je… lepas makan solat Isyak dan diimamkan oleh Ustaz Nabil dan highlight of the night solat tarawikh yang diimamkan oleh Ustaz Akhol Hayy.

Masyaallah…. Sungguh syahdu dan mendayu suara Ustaz Akhil. Sungguh aku tak sangka… Aku ingat biasa-biasa je bile dengar nasyid dia sebelum ni… Tu la kuasa tuhan, tak sama biler dengar bacaan ayat suci secara live dan recorded. Walaupun dia baca surah panjang tapi tak rasa pun…. Campur sejuk jugak kot… wooo first time tau solat tarawikh satu titik peluh pun tak kuar. Sekejap je rasa tarawikh dah habis (hehehhe buat lapan je pun)…. Tapi aku bersyukur cos dapat dengar dan berimamkan dia semalam…. Hmmm patutla agaknya Waheeda tertarik hehheheh…

So lepas tarawikh mesti la ada more… ada karipap suam-suam kuku, kueh mueh dan ubi rebus cecah gule kelapa or sambal. Tapi potong la ada bg sambal belacan… hidang balik sambal ikan bilis tadi pun taper…

So lepas tu balik dengan berbekal berkat bubur lambuk dan juga left-overs yang sangat banyak itu hehhehehe….

Apapun…. Aku terpegun dengan suara dan bacaaan Ustaz Akhil yang sungguh syahdu dan merdu….

5 comments:

ellerq said...

keja kat astro, jumpa artis je la kan hehehe...

p/s aku lg le x minat ustaz akhil ni!!

Ana Malek said...

ana tak kisahh. hihi...

eh, nnt kena bgtau zeera ni, dia minat gler kat ustaz akhil nih.

zeera said...

chaitttt!! ente jgn pitnah ana aaaa...tak kose aku ostat kucin nii....hahahahah..suara mesti la sedap, dah namanya pun penyanyi kan...cuba suruh siti baca surah, sure tergolek dog ko impress..

Nomy Yahya said...

aku pernah dengar Siti ngaji... dah la tersangkut2, habis tunggang terbalik tajwid... ni dengan tajwid (insyaalah betul la kan) dengan lagu dia... ko patut dengar zeera hahhahah...

DancingQueen said...

sharifah khasif laaa...sukahati je tukar nama dia.hahahaha